Seni Khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Penulisan khat dipercayai dihasilkan secara meluas di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, namun ia dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman sahabat dan diikuti zaman pemerintahan Islam lain seperti kerajaan Umawiyyah, Abbasiyyah, Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain.
Ayat al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat al-Quran.
Selain sebagai hiasan sajian mata, seni khat dengan tulisan kalam Allah ini juga adalah sebahagian daripada medium dakwah. Seperti contoh gambar di atas, seni khat tersebut menceritakan tentang bendera dan bumi palestin yang kini bermandi darah akibat kekejaman sebuah pihak yang hanya mementingkan diri sendiri. Kaligrafi khat di atas yang menggunakan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadarrasulullah' bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah' menunjukkan ketaatan kita sebagai hambaNya.
Kemudian, bentuk 'love' yang berwarna putih melambangkan kesetiaan dan kecintaan kepada AllahYang Esa. Selain itu, warna putih tersebut menunjukkan kolam jiwa yang bersih. Pada sebelah bawah kiri dan kanan pula, terdapat tulisan 'Ummati' pada latarbelakang berwarna merah yang menunjukkan keberanian umat Islam dalam menegakkan syiar Islam dan sanggup korbankan jiwa raga sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Berbalik pada bahagian atas kaligrafi khat ini, ternyata tulisan Alif itu sendiri yang ditulis dalam keadaan yang menegak dan lebih tinggi menggambarkan hanya Allah yang satu dan tiada tuhan selainNya. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
Pelbagai lagi jenis kalam Allah yang dihasilkan dengan nilai seni tersendiri. Boleh rujuk contoh-contoh di bawah. Untuk pengetahuan anda juga, semua karya seni kaligrafi ini adalah datangnya daripada hasil ilham dan idea sendiri (tuan punya luqkraf.blogspot). Alhamdulillah..
Artikel ini adalah untuk mereka mencari tentang kaligrafi, tulisan khat, seni khat, kaligrafi khat, kaligrafi arab, calligraphy, kaligrafi khat diwani, islamic calligraphy, khat kaligrafi, calligraphy khat, luqkraf
Share artikel ini dengan rakan-rakan anda dengan gembira!
No comments:
Post a Comment