Sunday, 20 April 2014

Selipar Capal


Sedar atau tidak, capal yang menjadi sebahagian daripada warisan Melayu kini semakin dilupai oleh masyarakat sekarang terutama di kalangan generasi muda. Mengimbau sejarah capal, ia dikatakan dibawa oleh pedagang asing yang memakai selipar jenis tersebut ketika mereka datang ke Tanah Melayu dan Nusantara beratus tahun lampau.

Capal kemudian menjadi popular di kalangan bangsawan Melayu pada satu masa dahulu, malah ia kekal dipakai dalam kehidupan seharian pada era 1980-an. Melihat pada perusahaan capal di negara kini, ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan memandangkan pembuatannya yang agak rumit selain memerlukan kepakaran.


Keadaan itu menyebabkan capal tidak banyak dijual seperti kasut-kasut lain yang menjadi kegemaran khalayak pada masa kini. Namun begitu, capal masih digunakan pada majlis perkahwinan apabila menjadi pilihan kebanyakan pengantin lelaki selain pada Hari Raya Aidilfitri dan semasa menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah. Capal biasanya dipakai apabila berbaju Melayu kini telah mengalami transformasi apabila ramai yang memakainya dengan pelbagai jenis fesyen pakaian.

Kami di Luqkraf sangat menjaga hasil kerja dalam pembuatan capal. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai jenis capal dengan beraneka warna. Jangan terkejut, kami juga akan bagi warranty selama setahun dengan setiap pembelian capal. Jom lihat contoh-contoh capal yang dihasilkan :-






Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang capal, selipar capal, kasut capal, luqkraf

Share artikel ini dengan rakan-rakan anda dengan gembira!








Kaligrafi Khat Kalimah



Seni Khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Penulisan khat dipercayai dihasilkan secara meluas di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, namun ia dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman sahabat dan diikuti zaman pemerintahan Islam lain seperti kerajaan Umawiyyah, Abbasiy­yah, Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain.

Ayat al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat al-Quran.


Selain sebagai hiasan sajian mata, seni khat dengan tulisan kalam Allah ini juga adalah sebahagian daripada medium dakwah. Seperti contoh gambar di atas, seni khat tersebut menceritakan tentang bendera dan bumi palestin yang kini bermandi darah akibat kekejaman sebuah pihak yang hanya mementingkan diri sendiri. Kaligrafi khat di atas yang menggunakan kalimah 'Lailahaillallah Muhammadarrasulullah' bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah' menunjukkan ketaatan kita sebagai hambaNya. 

Kemudian, bentuk 'love' yang berwarna putih melambangkan kesetiaan dan kecintaan kepada AllahYang Esa. Selain itu, warna putih tersebut menunjukkan kolam jiwa yang bersih. Pada sebelah bawah kiri dan kanan pula, terdapat tulisan 'Ummati' pada latarbelakang berwarna merah yang menunjukkan keberanian umat Islam dalam menegakkan syiar Islam dan sanggup korbankan jiwa raga sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Berbalik pada bahagian atas kaligrafi khat ini, ternyata tulisan Alif itu sendiri yang ditulis dalam keadaan yang menegak dan lebih tinggi menggambarkan hanya Allah yang satu dan tiada tuhan selainNya. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Pelbagai lagi jenis kalam Allah yang dihasilkan dengan nilai seni tersendiri. Boleh rujuk contoh-contoh di bawah. Untuk pengetahuan anda juga, semua karya seni kaligrafi ini adalah datangnya daripada hasil ilham dan idea sendiri (tuan punya luqkraf.blogspot). Alhamdulillah..



Artikel ini adalah untuk mereka mencari tentang kaligrafi, tulisan khat, seni khat, kaligrafi khat, kaligrafi arab, calligraphy, kaligrafi khat diwani, islamic calligraphy, khat kaligrafi, calligraphy khat, luqkraf

Share artikel ini dengan rakan-rakan anda dengan gembira!

Tulisan Khat Nama


Seni Kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama seni khat merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. 

Terdapat pelbagai jenis tulisan khat yang menarik pada masa kini. Antaranya yang popular adalah Khat Diwani Jali. Khat Diwani Jali ini juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-

1) Khas Diwani Jali Mahbuk
2) Diwani Jali Hamayuni
3) Diwani Jali Zauraq (bentuk perahu)

Ramai dikalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia boleh menulis tulisan jawi, bahkan orang berlainan bangsa pun sudah mula mahir menulis, walau bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai bakat dalam penulisan khat. Tulisan khat sangat mementingkan ciri-ciri seni khas yang sangat unik. Dewasa ini, ramai antara kita sudah melupakan hasil tinggalan sejarah yang sangat menarik ini. Jika dulu kita lihat ramai orang menyediakan perkhidmatan penulisan nama dalam bentuk khat jawi ini termasuklah di pasar seni, galeri-galeri sekitar Kuala Lumpur dan lain-lain.


Kepakaran kami di Luqkraf adalah menghasilkan tulisan khat untuk nama yang unik, kreatif dan berkualiti tinggi. Alhamdulillah setakat ini kami sudah menerima tempahan menghasilkan khat nama sebanyak lebih 20 unit dalam masa 2 hari sahaja. Berikut merupakan contoh hasil kerja kami :

 Contoh khat nama bersaiz 5"x7" (13x18 cm)


Contoh khat nama bersaiz 5"x7" (13x18 cm)


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang tulisan khat, seni khat, khat diwani, khat jawi, contoh tulisan khat, kaligrafi arab, tulisan jawi khat, khat jawi online, jawi khat, luqkraf

Share artikel ini dengan rakan-rakan anda dengan gembira!